" kekayaan ahli, keutamaan kami "

SENIBINA
EKONOMI
MODEN

PROFIL

Persatuan Perantis Rangkaian Dagang Niaga (PERDANA) (PPM-025-01-05122002) telah berdaftar di JPPM (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) dan telah mendapat kelulusan pada 5 Disember 2022.

Dengan gabungan tujuh (7) orang Jawatankuasa yang fokus hanya untuk memulih serta menaiktarafkan semula ekonomi, objektif utama penubuhan PERDANA adalah untuk mewujudkan satu platform yang berlandaskan sistem rangkaian atas talian.

INFO

Ekonomi merupakan satu perkara asas yang menjadi tunjang utama di dalam menzahirkan kehidupan yang lebih baik. Namun begitu, Bank Dunia telah menegaskan bahawa pada tahun 2023, kemelesetan ekonomi global akan berlaku akibat dari pertumbuhan ekonomi yang lemah di negara-negara maju seperti Amerika, Eropah dan China. Dengan kenaikan kadar faedah yang tinggi akan menarik pelaburan modal daripada negara-negara ke 3, dan sekaligus akan menjejaskan pelaburan domestik yang penting untuk mereka.

Kesan daripada kemelesetan ekonomi global ini bukan sahaja kepada negara, tetapi ianya amat memberi impak yang sangat besar ke atas rakyatnya di dalam menjalani sistem kehidupan seharian.

Malaysia merupakan salah satu negara yang terkesan akibat daripada kemelesetan ekonomi global ini dan pada ketika ini, majoriti rakyatnya berada di dalam situasi yang amat kritikal. Lebih 70% rakyat Malaysia sebenarnya yang mempunyai cabaran di dalam ekonomi. Kebanyakannya tiada keupayaan untuk menyediakan kewangan yang stabil bagi menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat. Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan statistik bahawa lebih 60% rakyat Malaysia tiada simpanan walaupun RM1,000.00. Dan ini amat membimbangkan sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan.

Persoalannya, apakah dan bagaimanakah tindakan serta langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh individu itu sendiri bagi meningkatkan taraf ekonomi masing-masing?

Perdana4u.com

MATLAMAT PERSATUAN

01
Membentuk satu platform yang menggabungkan ahli khususnya di dalam memulih serta menaiktarafkan semula penjanaan ekonomi.
02
Merancang serta melaksanakan program-program pengetahuan, kemahiran dan perkhidmatan serta menyediakan platform perniagaan kepada ahli.
03
Menyediakan ruang dan peluang yang telah digabung serta disusun secara sistematik bagi memudahcarakan kerja atau tugasan kepada ahli.
04
Menyatupadukan setiap pemahaman, kemahiran, ideologi, jati diri ahli dengan satu gabungan kekuatan di dalam penyatuan kaedah.
05
Menarik minat serta memupuk ahli bagi melaksanakan tanggungjawab di dalam usaha untuk membantu pihak-pihak lain yang memerlukan bantuan.

PROGRAM

Program khas yang sedang dilaksanakan oleh PERDANA kini adalah PROJEK PERDANA di mana projek ini hanya mengkhususkan  kepada membaikpulih serta memperkasakan semula ekonomi  ahli yang menyertainya.


Dengan gabungan sistem PINS dan CORPORATE  NETWORK yang telah direka serta dihasilkan oleh PERDANA, projek ini amat berkesan terutamanya di dalam membantu ahlinya menjana pendapatan tambahan yang optimum.