Projek Perdana adalah satu program yang diwujudkan khas bagi memulih serta memperkasakan semula ekonomi khusus kepada sesiapa sahaja yang menyertai Persatuan Perdana dengan terma & syarat.

Objektif utama Projek Perdana ini adalah untuk mewujudkan modal awal kepada ahlinya bagi memulakan atau melaksanakan sesuatu perniagaan disebabkan cabaran ekonomi yang telah memberi kesan kepada semua.

MISI PROJEK PERDANA

01
Memperkasa ekonomi teras affiliasi
02
Menaiktaraf gaya hidup yang unggul
03
Memupuk persefahaman dan perpaduan
04
Memberi bantuan dan sokongan menyeluruh
05
Mencari solusi kepada setiap cabaran

PERDANA telah merekacipta satu sistem yang disebut sebagai sistem PINS. Sistem PINS yang bermaksud ‘Personal Intelligent Network System’ atau terjemahannya Sistem Rangkaian Pintar Peribadi terbahagi kepada 4 bahagian utama.

  1. PQ – Private Quantum
  2. IQ – Impact Quantum
  3. NQ – Natural Quantum
  4. SQ – Super Quantum

Corporate Network atau Rangkaian Korporat merupakan satu lagi sistem yang telah direka oleh PERDANA di mana ianya merupakan satu sistem yang menggabungkan syarikat-syarikat lain yang menjalankan urusniaga yang berkonsepkan Network Marketing. 

Di dalam Corporate Network ini, terdapat 7 buah syarikat utama yang menjadi pilihan PERDANA berdasarkan kepada Plan Pemasaran dan Produk syarikat yang berkualiti dan bermutu tinggi.

Dan dengan menyertai Projek Perdana, ahlinya tidak perlu untuk mengeluarkan modal permulaan untuk pendaftaran di syarikat-syarikat tersebut kerana modal ahli akan tersedia apabila menjalankan Projek Perdana ini.

Ini merupakan satu kelebihan yang terdapat di dalam Projek Perdana ini, iaitu menyelesaikan cabaran modal awal untuk menjalankan perniagaan.