
Laman web Persatuan PERDANA (Perdana4u.com) merupakan laman Program Komuniti dimana Sahabatnya perlu saling bantu membantu. Laman web ini juga merupakan laman promosi untuk membantu Sahabatnya mempromosikan Produk Jualan serta Perkhidmatan mereka. Sahabat juga boleh membeli produk promosi dengan harga diskaun (jika ada).
Dengan menyertai Persatuan PERDANA, sahabat perlu faham, bersetuju dan patuh bahawa :
- Sahabat menyertai Persatuan PERDANA sebagai Ahli Bersekutu Seumur Hidup dengan Yuran Keahlian yang telah ditetapkan dengan Rela Hati, tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
- Sahabat yang mendaftar sebagai Ahli Bersekutu Seumur Hidup juga diberikan tapak iklan secara percuma di laman web Perdana4u.com, dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
- Sahabat yang berdaftar sebagai Ahli Bersekutu Seumur Hidup hanya dibenarkan untuk mengikuti Program-Program Komuniti yang telah disusun atur oleh Persatuan PERDANA tanpa sebarang bantahan.
- Sahabat bertanggungjawab 100% sepenuhnya di atas apa jua keuntungan atau kerugian hasil daripada menyertai Program Komuniti bersama Persatuan PERDANA.
- Sahabat tidak dibenarkan untuk mendaftarkan nama orang lain tanpa persetujuan & pemahaman yang jelas daripada mereka.
- Segala hasil pendapatan adalah daripada hasil usaha Sahabat sendiri yang membantu mempromosikan laman web Persatuan PERDANA ini dan paparan jumlah pendapatan di laman web ini adalah sebagai contoh pengiraan sahaja. Pendapatan sebenar, bergantung kepada usaha dan strategi Sahabat sendiri.
- Sahabat akan sentiasa menjaga baik nama Persatuan PERDANA, Pihak Jawatankuasa dan semua Sahabat yang lain.
- Sahabat akan melaporkan kepada Pihak Jawatankuasa Persatuan PERDANA sekiranya mendapati ada Sahabat lain yang melakukan perkara-perkara yang akan menjejaskan nama baik Persatuan PERDANA.
- Sahabat tidak akan menuntut sebarang bayaran pembayaran yang telah dilakukan.
- Pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya kepada iklan yang dihantar di web ini.
- Pihak Jawatankuasa berhak mengubah, membaiki, menaiktaraf dan menutup program komuniti ini bila-bila masa tanpa sebarang notis.
- Pihak Jawatankuasa berhak untuk mengubah Terma dan Syarat ini bila-bila masa tanpa sebarang notis.
- Sahabat yang melakukan mana-mana kesalahan bertentangan dengan Etika dan Tatasusila khususnya yang melibatkan 3R akan dibatalkan keahlian. Notis mungkin diberikan atas budi bicara pengelola.
- Persatuan PERDANA akan sentiasa memastikan program komuniti ini memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua Sahabatnya.
- Persatuan PERDANA akan menyekat mana-mana akaun yang didapati melakukan kesalahan atau melanggar terma dan syarat ini.

Terima kasih
Pengelola Perdana4u.com
15-Mac-2025